Thursday, June 26, 2008

Kebesaran Tuhan




Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak. ( QS Ar Rahman 37)



Gambar kejadian alam yang diambil melalui alat yang canggih.

Bagi menanam keimanan yang benar, al Quran mempunyai kaedah yang tersendiri; membiar jiwa manusia merasai kebesaranNya melalui gejala-gejala alam yang dapat dilihat dengan jelas.

Marilah kita kembali memahami al Quran dalam rangka mengamalkannya

Monday, June 23, 2008

Puji Untuk Dia

"Seluruh kepujian hanya untuk Allah, Tuhan seluruh alam"

[al-fatihah, ayat2 ]

Kewujudan manusia dan seluruh alam [zahir dan batin] adalah iradah Allah SWT jua.

Bahkan lebih detil lagi, setiap perkembangan manusia dari awal hingga akhir adalah dibawah pengawasan Allah yang Maha Agung.

Oleh itu, seorang muslim yang benar sentiasa bersyukur kepada Pencipta yang SATU.




Marilah kita kembali memahami al Quran dalam rangka mengamalkannya-admin

Saturday, June 21, 2008

Tanda-tanda Kebesaran Tuhan

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit-langit dan bumi, dan silih berganti siang dan malam, terdapat ayat-ayat [tanda-tanda] untuk orang yang berfikir"
[ali Imran, 190]


Permasalahan utama hari ini ialah persoalan keimanan.

Untuk beriman, Al Quran mendorong manusia untuk memerhati kejadian-kejadian alam disekeling mereka.

Sesungguhnya iman yang benar dan bersemi dalam hati akan memancar dalam kehidupan dalam bentuk sikap dan tingkah laku seseorang.

Metodologi melalui pemerhatian terhadap gejala-gejala alam seperti dianjur oleh Al Quran adalah jalan yang seharusnya dilalui umat manusia bagi membina iman yang benar.



Marilah kita kembali memahami al Quran dalam rangka mengamalkannya

Friday, June 20, 2008

Hanya Engkau

"Hanya Engkau kami sembah, dan hanya Engkau kami pohon pertolongan"
[al fatihah, ayat 4]


Begitulah seharusnya hubungan hamba dengan Tuhan. Fokus hidupnya hanya satu: TUHAN.

Ayat ini diulang-ulang dalam ibadat solah agar tertanam dalam jiwa dan lahir dalam bentuk amalan.

Malangnya, umat Islam lupa Tuhan.

Mereka menyembah Tuhan dan juga menyembah yang lain.

Mereka juga lupa memohon pertolongan kepada Tuhan.

Akibatnya, umat Islam terus dihina dan perasaan rendah diri dan kecewa menyelubungi hidup mereka.



Marilah kita kembali memahami al Quran dalam rangka mengamalkannya

Thursday, June 19, 2008

Sifat Tuhan

"Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Malik manusia. Ilah[sembahan] manusia.."

[an nas; 1-3]

3 sifat Tuhan yang menjelaskan hakikat tauhid.

1- Tuhan adalah Rabb [ pentadbir ] manusia. Tuhanlah yang mencipta manusia dan menguruskan kehidupan dari mula kejadian sampai mati. Tuhan menyediakan udara untuk bernafas, makanan dan minuman.

2- Tuhan juga adalah Malik/Raja/Penghukum. Tuhanlah yang berhak menentukan halal dan haram atau peraturan hidup untuk manusia.

3- Tuhan juga sembahan manusia, bukan wali-wali atau pokok besar yang tua.

Al Quran membersihkan manusia daripada segala macam bentuk syirik yang masih dianuti oleh sebilangan besar manusia moden hari ini.


Mari kembali memahami al Quran

Wednesday, June 18, 2008

Tuhan itu SATU

" Katakanlah: Dialah Allah yang SATU "
[al ikhlas, ayat 1 ]

Saya terjemahkan Maha Esa sebagai SATU untuk memudahkan orang ramai faham mesej al Quran.

Tuhan adalah SATU.

Selain Tuhan adalah makhluk.

Batu, gambar, pokok, matahari, busut, hantu, lembu adalah contoh-contoh makhluk yang ramai manusia sembah selain Tuhan.

Islam menyeru manusia mengikhlaskan dalam penyembahannya kepada Tuhan [tauhid].

Seruan ini adalah seruan utama semua nabi-nabi seperti nabi musa [nabi orang yahudi], nabi Isa [anak Tuhan bagi orang Kristian Khatolik, konsep 3 dalam 1] dan Nabi Muhammad saw.

Selain daripada tauhid yang mudah dan jelas ini, ia adalah konsep syirik.

Majoriti manusia hari ini masih bergelumang dengan syirik yang menjatuhkan kedudukan manusia sebagai makhluk yang berakal.











Mari kembali memahami al Quran

Tuesday, June 17, 2008

Al Quran adalah Petunjuk

"Kitab [al Quran] tiada keraguan, petunjuk bagi orang bertaqwa"

Amat jelas daripada ayat 2 surah al baqarah di atas bahawa al quran adalah kitab petunjuk bagi orang yang ikhlas dan takut kepada Allah SWT.

Al Quran tidak memberi jaminan petunjuk kepada orang yang tahu berbahasa Arab.

Beratus juta orang yang tahu bahasa Arab tidak mendapat petunjuk.

Blog ini menyeru semua manusia yang faham bahasa Melayu mendengar/membaca saranan al Quran agar mereka mendapat petunjuk.